Friday, January 7, 2011

sekarang musim belajar

ramai di antara rakan yang telah masuk untuk kembali menyambung pelajaran untuk semester yang seterus nya...di harap rakan tabah dalam menghadapi hari yang penuh liku..bagi yang bakal menyambung pelajaran jawabnya kena tunggulah bualan september dan junior yang baru akan mendaftar pada bulam tersebut..sabar ye..adik yang bakal meyambung pembelajaran tu...

Saturday, September 4, 2010

selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya adilfitri

alumni pertina mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya adilfitri maaf zahir dan batin..kepada semua guru-guru dan warga alumni pertina,jangan lupa bertandang ke rumah guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita.ingat jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita.

Wednesday, May 26, 2010

Mahasiswa Harus Bangun Masyarakat Setempat

Mahasiswa dimalaysia sedang dan akan menempuh musim cuti semester.Kebanyakan daripada mereka akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman tidak kira dimana jua.Selain membawa pulang emosi atau perasaan yang pelbagai,mahasiswa mempunyai kepelbagaian disiplin ilmu dan pengalaman ini juga kan membawa pulang pengetahuan dan kepakaran masing-masing.persoalanya disini,sejauhmanakah masyarakat mahasiswa mampu mengadaptasi atau mempraktikal pengetahuan dan kepakaran untuk digunakan dalam proses pembangunan masyarakat setempat.fikir-fikirkanlah...

Tuesday, February 9, 2010

Entah apa yang nk dicakapkan

Entahlah kawan...sekarang ini saya ketandusan idea..mengumpul gambar dari bekas ex student pertina pun susah..asyik berkejar-kejar untuk mengumpulnya...Bagi rakan yang mempunyai gambar atau yang menyimpan bolehlah menghantar melalui email.sama-samalah kita semua penuhi ruangan blog ini dengan gambar-gambar kenangan semasa berada di smk badak....

Friday, February 5, 2010

Perhatian...Akan Datang

Akan datang...Blog alumni pertina akan membuka facebook kumpulan alumni pertina smk badak...bagi rakan yang berminat boleh mengikuti ye...sebarang komen untuk pembaikan blog dan kumpulan alumni pertina bolehlah menghantar post dan komen di dalam ruang ini...harap maklum kepada semua rakan yang berkunjung.

Sunday, January 31, 2010

Restu ilmu




restu ilmu merupakan sebahagian daripada aktiviti pertina sebelum menempuh peperiksaan STPM.Restu ilmu menberi kesan ynag mendalam kepada student dan guru-guru kerana telah berusaha dari awal tahun sehingga akhir tahun untuk mendapat kejayaan.Banyak reaksi yang dapat dilihat semasa restu ilmu diadakan..ada diantara student yang terharu sehingga menitiskan air mata dan yang tunduk dengan penuh keinsafan apabila guru-guru memberi kata terakhir sebelum menempuh peperisaan..semoga result stpm tahun ini dapat menempa sejarah bagi kita semua..

Monday, January 25, 2010

kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya

Dalam kehidupan, sesekali kita merintih kerana kekurangan dan kelemahan diri. Sesekali juga kita bersedih apabila teraniaya. Tapi tuhan itu Esa, tiap apa yang berlaku lihatlah dari sudut yang positif. Musibah yang menimpa kita anggap sebagai satu ujian untuk kita sebagai hambaNya yang terpilih untuk diuji. Jika kita teraniaya, kita serahkan kepada tuhan kerana Ia Maha Adil dan Maha Bijaksana. Usahlah kita kalut-kalut pula memikirkan urusan Tuhan. Fikirkan urusan kita sehari-hari dalam meneruskan penghidupan di bumi bertuah ini.

Wednesday, January 20, 2010

Mencari ilmu

Mencari ilmu merupakan satu kemestian bagi semua orang.Ilmu yang dicari biasanya ilmu yang berfaedah atau sebaliknya.Alangkah moleknya jika ramai diantara rakan-rakan kita sentiasa inginkan ilmu untuk kebahagian dunia dan akhirat.Ilmu amat bermakna bagi seseorang yang kenal erti kesungguhan dalam menuntutnya.Namun kita mesti berwaspada,bukan semua ilmu yang dicari atau dituntut membawa kebaikan kepada kita..Jika kita iktikad dalam diri mahukan kebaikan ilmu yang dipelajari,insyaallah kita akan memperolehinya dan menemui keredaannya.

Monday, January 18, 2010

sentiasa pilih kawan

Jangan kita menyangka kawan yang baru dikenali adalah baik untuk kita gauli.simpan sedikit Was-was dan rasa curiga kepada kawan yang baru kita kenali agar kita tidak mudah tersilap langkah.Namun apabila kita berlembut dengan kawan-kawan biasanya kita akan menjadi mangsa kepada kawan yang tidak mengenal erti kawan.Dalam erti kata lain kita tidak boleh terlalu jujur atau ikhlas kerana wang atau benda akan menjadi penyebab kekesalan di kemudian hari.

Friday, January 15, 2010

Kepuasan

kepuasan akan lahir apabila diri ini berjaya mencapai sesuatu yang diinginkan.Namun disebalik kepuasan tersebut adakah kita ingat bahawa diri ini betul-betul menemuinya atau hanya sekadar penyeri kehidupan sahaja.Ramai diantara rakan kita hanya mencari kepuasan dalam masa yang singkat..Bagi mereka yang mementingkan matlamat hidup,kepuasan itu perlu untuk kebahagian diri rohani dan jasmani..Hanya diri anda mengetahui semua itu..Renung-renungkanlah

Wednesday, January 13, 2010

Alumni pertina cakna masyarakat







Sebelum exam stpm tiba kami bersama guru-guru pertina dan beberapa orang pelajar telah menziarahi sahabat pertina yang kurang bernasib baik..walaupun dengan sedikit sumbangan ikhlas dari rakan pertina serta guru ting 6 dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga sahabat kami..semoga aktiviti yang dijalankan akan memberi impak yang mendalam terhadap warga pertina dan di sambung oleh generasi pelapes pertina yang seterusnya.

kearah Kecemerlangan diri


Satu ketika kami student pertina smk badak di bawa ke langkawi untuk menghadiri kursus bina semangat yang diadakan di kem panorama pulau langkawi.Rombongan itu diketuai oleh cikgu nasir selaku orang tua bagi kami untuk membawa kami ke arah kecermerlangan diri..kepada kawan-kawan ingatlah jasa cikgumu yang telah banyak mencurah bakti kepada kita..untuk melihat kita berjaya, mereka sanggup merancang pelbagi aktiviti untuk kita...Terima kasih cikgu!!!! di sini terdapat sedikit gambar kenangan semasa dalam perjalanan ke langkawi.

Kenangan semasa in Smk Badak

Dekat langkawi


semangat pertina yang membara

pertama kali...kami student pertina bersama-sama pergi melancong sambil belajar ke langkawi.Disamping itu..kami juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti untuk membina semangat kami kearah kecemerlangan sekolah kami..sekarang kami semua telah meninggalkan sekolah tersebut..beberapa memori yang indah dapat kami kongsi bersama rakan rakan pertina ketika ke sana..

Tuesday, January 12, 2010

salam sejahtera

Selamat tahun baru 2010 kepada semua rakan ex student form 6 smk badak. Blog ini akan digunakan untuk memastikan kita terus berhubung dan menjayakan pelbagai aktiviti. Semoga mendapat sokongan semua. Nantikan posting seterusnya dari saya, Ikhwan sebagai moderator blog ini.